Kajian Emery dan Trist Persekitaran organisasi

  • Empat (4) jenis persekitaran yang sesebuah organisasi mungkin hadapi, iaitu:
    • The placid-randomized environment
    • The placid-clustered environment
    • The disturb-reactive environment
    • The turbulent-field environment

Persekitaran placid-randomized

  • Secara relatif tidak berubah, oleh itu tidak mendatangkan ancaman besar kepada organisasi
  • Permintaan disebar secara rawak, dan perubahan berlaku secara perlahan
  • Apabila perubahan berlaku, ia tidak dapat diramalkan
  • Ketidaktentuan adalah rendah
  • Kerana perubahan berlaku dengan lambat dan rawak, pengurus tidak banyak mengambil kira persekitaran dalam membuat keputusan

Persekitaran placid-clustered

  • Perubahan lambat, tetapi ancaman kepada organisasi berlaku dalam bentuk kelompok di sebalik rawak  kuasa-kuasa dalam persekitaran bergabung antara satu sama lain
  • Contoh, pembekal input dan pengedar output mungkin mengabung tenaga untuk menjadi satu gabungan yang kuat
  • Oleh itu penting kepada organisasi mengetahui persekitarannya di sebalik menunggu ancaman secara rawak berlaku baru memberi respons

Persekitaran disturb-reactive

  • Lebih komplek
  • Terdapat banyak pesaing
  • Satu atau lebih organisasi dalam persekitaran yang cukup besar untuk mengenakan pengaruhnya ke atas persekitarannya dan juga persekitaran organisasi lain
  • Organisasi perlu membentuk perancangan, mengira tindakan pesaing dan mengambil tindakan balik yang perlu
  • Persaingan memerlukan keluwesan untuk hidup, dan struktur organisasi menghala ke arah nyah pusat

Persekitaran turbulent-field

  • Lebih dinamik dan mempunyai ketidaktentuan yang tinggi
  • Perubahan sentiasa berlaku, dan elemen dalam persekitaran lebih banyak bergabung antara satu sama lain
  • Kerana perubahan adalah dramatik dan tidak boleh diramal, usaha pengurus untuk bertindak melalui perancangan tidak banyak mempunyai nilai positif
  • Organisasi mungkin perlu sentiasa membentuk produk atau perkhidmatan baru untuk terus hiudp
  • Organisasi mungkin perlu menilai semula hubungannya dengan agensi kerajaan, pelanggan dan pembekal secara berterusan
  • Model mereka juga selari dengan dapatan kajian tentang teknologi, di mana lebih kurang rutin teknologi, ketidaktentuan akan bertambah, bentuk mekanistik menjadi kurang efektif, maka lebih baik menggunakan bentuk struktur yang luwes.
  • Teknologi rutin berkait dengan kestabilan, dan ia dikendali dengan baik oleh struktur yang dikoordinasi dengan baik dan berbentuk struktur yang tinggi
  • Ketidaktentuan bermakna ketidakstabilan dan berpotensi untuk perubahan yang cepat dan utama  hanya struktur yang luwes dapat memberi respons yang pantas kepada perubahan seperti ini

Kajian Lawrence dan Lorsch

  • Mengkaji industri plastik, makanan, and kotak bungkusan
  • Industri plastik mempunyai persaingan yang tinggi
  • Industri kotak bungkusan tidak mempunyai produk baru yang signifikan
  • Industri makanan berada di antara kedua-dua industri
  • Penyelidik cuba memadankan persekitaran dalaman indutri dengan persekitaran luaran
  • Mereka menghipotesiskan bahawa industri yang lebih berjaya terdiri daripada industri yang dapat memadankan persekitaran dalaman dengan persekitaran luaran
  • Mereka mempercayai organisasi yang berhadapan dengan persekitaran luaran yang bergelora, komplek dan pelbagai akan mempunyai perbezaan yang besar antara bahagian-bahagiannya
  • Jika persekitaran luaran pelbagai dan persekitaran dalaman yang sangat berbeza, maka timbul keperluan untuk mencari mekanisma yang dapat mengintergrasi unit-unit berkenaan supaya tidak bergerak dalam arah yang berlainan
  • Mereka juga mendapati firm berprestasi tinggi mempunyai struktur yang dapat disesuaikan dengan permintaan persekitarannya